Karier sebagai bakal pendidik memaksaku untuk terus menyambung pelajaran sehingga ke penghujungnya.PhD, suatu singkatan perkataan kepada jalan kehidupan yang bagiku amat panjang dan menguji ketabahan hatiku sebagai seorang wanita dan ibu. Adakah aku akan berjaya dengan gah di dalam kedua-duanya atau, bakal gagal dalam satu daripadanya? Aku tahu aku tidak keseorangan dalam menghadapi dilema ini, bersama-samalah kita berkongsi dan membantu sesama sendiri untuk mencapai kejayaan dalam keduanya
Friday, December 18, 2009
Resipi 1 - Telur dadar
Telur dadarku...
Kepada pembaca sekalian, telur dadar adalah masakan pertama yang aku pelajari semasa masih lagi belajar di bangku sekolah rendah. Ingat lagi, setelah balik dari perkhemahan Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) yang pada waktu itu hanya diadakan di perkarangan sekolah, aku cuba menggoreng telur dadar ku sendiri. Bertapa gembiranya aku pada ketika itu apabila telur yang digoreng menjadi..Huh macam susah sangat goreng telur dadar kan??? Tapi pada ketika itu, ia adalah satu kejayaan yang boleh dibanggakan, siap cakap pada nenek lagi..
Bahan-bahan:
2 biji telur
2 ulas bawang putih- dimayang
3 biji bawang merah-dimayang
Sedikit cili besar dipotong halus-halus (jika suka)
Garam dan serbuk perisa secukup rasa
2 sudu besar minyak (untuk menggoreng)
Cara-cara:
1)Panaskan minyak di dalam kuali.
2)Satukan kesemua bahan di dalam mangkuk dan dipukul dengan menggunakan garpu.
3)Masukkan bancuhan telur dan ngiring-ngiringkan kuali sehingga mendapat saiz telur yang dikehendaki.
4)Balikkan telur dan goreng sehingga masak.
Tips:
1)Jika tidak mahu balikkan telur kerana takut telur pecah, masukkan sedikit air ke dalam minyak semasa menggoreng dan tutup kuali dengan penutup dan teruskan menggoreng sehingga masak. Paling bagus jika menggunakan nonstick pan.
2)Boleh masukkan tepung jagung ke dalam bancuhan untuk mendapatkan telur dadar yang lebih tebal, seperti yang siap dihiris di kedai-kedai makan waktu makan tengah hari.
3)Boleh je masukkan daun bawang, daun sup, daun ketumbar atau apa-apa lagi bahan yang anda suka.
Buat masa nie, tak de gambar untuk di upload dalam ruangan ini. Akan update apabila goreng telur dadar nanti..hehehe
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment