Friday, December 18, 2009

"Tesco dan Adik"

Assalamualaikum w.r.t dan Selamat Malam,

Hari ini, aku dan suami bercadang untuk membeli-belah di Tesco. Rancangan awalnya akan ke Tesco pada waktu pagi, tapi pagi berganti siang...dan siang pulak berganti petang. Biasalah kami sekeluarga bila hari cuti je, seronok betul kalau boleh bermalas-malas di rumah. Makan tengah hari pun beli je, maklumlah bahan-bahan mentah + beras pun dah habis. Setelah solat asar di rumah baru kami sekeluarga bersama adikku yang baru tiba dari kampung awal pagi tadi bertolak ke Tesco. Keluar sahaja dari rumah, hujan turun mencurah-curah. Naik angin juga apabila ruang kereta berbumbung bagi ibu bapa dan anak begitu sesak kerana semua kereta ingin menurunkan penumpang. Tak kiralah sama ada yang memang datang dengan anak-anak kecil atau tidak. Ke mana pulak pak jaga Tesco nie, selalunya bukan main tegas lagi tercagak di ruang masuk kereta, hari nie tak pulak. Bertolak dari rumah pada pukul 5.00pm, tetapi dapat masuk ke dalam Tesco hanya pada pukul 5.50pm, padahal jarak pasaraya itu hanya lebih kurang 10km daripada rumah kami. Sambil menatap senarai barangan di tangan kamipun memulakan langkah memilih barangan.

Adik aku pulak awal2 lagi dah menghilang ntah ke mana, nak mintak tolong untuk tolakkan troli pun tak boleh. Mungkin terkecil hati dengan leteran dan teguran aku yang kekadang kasar apabila menasihatkan beliau tetang mencari kerja. Bila difikirkan, ntah kenapa tak de seorang pun adik-adik aku yang sanggup bersusah dahulu untuk kesenangan masa depan. Nak dikatakan kami nie datang dari keluarga yang kaya, jauh sekali. Tapi mungkin disebabkan mereka telah terbiasa melihat wang kerana ibu dan arwah bapaku dahulunya mengusahakan kedai makan. Bagi mereka duit senang dicari, hanya perlu ke laci. Tak de seorang pun adik-adikku yang mengikut jejak langkahku ke menara gading. Kekadang, ada juga aku menyalahkan diri sendiri. Terasa aku nie terlalu pentingkan diri, hanya tahu mengejar kejayaan sendiri dan gagal memantau pelajaran adik-adik. Tetapi takdirku yang memaksaku bersekolah asrama penuh daripada Ting. 1 lagi menyebabkan aku berjauhan daripada adik-adik.

Huh..lama pulak aku menyimpang. Biasalah, memikirkan soal adik-adik sentiasa membuatkan kepalaku pening.

Berbalik semula kepada kami sekeluarga. Aku menyorong puteriku yang baru berusia 2 bulan 9 hari dalam stroller, manakala suamiku menyorong barang bersama puteri sulungku yang duduk tertenggek atas troli barang. Sambil memilih barang-barang, kami juga memilih kotak-kotak kosong untuk mengisi barang-barang bagi tujuan berpindah ke kediaman baru. Esok, awal-awal pagi lagi kami perlu ke Bangi untuk menandatangan perjanjian menyewa rumah dan seterusnya membersihkan kediaman baru kami. Secara rasminya aku telah berjanji dengan penyelia pengajianku untuk pulang ke UKM pada Januari/2010.

Selesai memilih barang, kami ke kaunter bayaran. Aku dan suami amat gembira apabila dapat menjimatkan RM50 daripada jumlah pembelian hasil perancangan bijak kami. Kupon saguhati pemberian pihak Tesco kami gunakan habis-habisan. Maklumlah, buat masa ini kami perlu berjimat cermat kerana keputusan untuk berpindah menyebabkan kami terpaksa mengorbankan sesetengah perkara...Wang boleh dicarikan??? Tetapi ketenangan hati sukar diperolehi...Menyambung PhD memerlukan minda dan fikiran yang lapang, betul tak? Tapi itulah yang cuba aku perolehi kerana masa 2 tahun lebih aku berulang-alik di atas jalan semata-mata untuk bersama keluarga tersayang, amat membazir dan meletihkan....

Mendayung sampan ke hulu, Berenang-renang ketepian,
Bersakit-sakit dahulu, Bersenang-senang kemudian...

- Wahai wanita, tabahkanlah hatimu walaupun terasa gunung menghempap dada, kerana AZAM seorang WANITA amat BERKUASA!!!- Matahari

No comments:

Post a Comment