Showing posts with label Aku dan Kini. Show all posts
Showing posts with label Aku dan Kini. Show all posts

Monday, February 21, 2011

Kisah Rumah Baru

Bila difikirkan yang rakan-rakan kebanyakannya telah membeli rumah masing2..rasa pilu pulak hati aku nie. Maklumlah…belajar sama2 dulu, tapi aku dan suami ketinggalan dalam soal milikan harta benda dunia nie.. Awal bulan Februari lepas, aku, suami dan anak2 ada menjenguk rumah contoh di Paya Rumput Perdana, Melaka..memang cantik2 dan selesa.. Cuma yang aku kurang berkenan bab designnyer yang kelihatan seperti kotak. Bumbung yang flat jer, tak de unsur estetik. Tambahan pula, ramai rakan2 yang telah membeli rumah di Krubong Perdana yang sememangnya cantik dan selesa (Pilihan yang tepat!)…Apa-apa pun tue soal kedua…yang utama memang kami tak berkemampuan lagi dalam soal pembelian rumah nie..(aku kalau bab berbelanja memang susah skit, banyak faktor yang aku pertimbangkan). Jadi, keputusan aku dan suami sebulat suara ialah kami perlu menyewa dahulu untuk jangka masa mungkin 2 hingga 3 tahun lagi. Setelah menghabiskan penulisan tesis PhD pada Dec 2010, kami sekeluarga yang dulunya berpindah ke Kajang, Selangor pada Dec 2009 kembali semula ke Melaka. Oleh kerana telah memberitahu agen rumah di Pangsapuri Sri Mutiara untuk keluar dari rumah tersebut pada 30 Dec 2010, maka aku dan suami bertungkus-lumus mencari rumah baru untuk kami diami sementara membeli rumah sendiri suatu hari nanti (Insya-Allah). Pada mulanya, budget ditetapkan untuk mendapat rumah dalam lingkungan RM 350 hingga RM 450 sahaja. Kami pun mulalah melayari www.mudah.my untuk mendapatkan info, tetapi malangnyer rumah yang tersedia untuk harga tersebut adalah rumah-rumah yang kecil dengan keadaan yang tidak meyakinkan utk didiami. Pelik..kalu dulu rumah yang boleh diperolehi dengan harga RM450 adalah sangat selesa dan baik keadaannya, tapi kini, utk mendapatkan dengan harga tersebut adalah amat sukar. Hmmm…bila difikirkan ada sebabnya (1) status Melaka maju membawa kepada lebih ramai orang luar untuk mendapatkan pekerjaan di Melaka, bila permintaan tinggi, hargapun tinggi dan (2) kewujudan agen yang tumbuh bagaikan cendawan lepas hujan menyebabkan harga yang ditawarkan untuk setiap rumah meningkat dalam RM100 hingga RM200/jenis dan (3) kecenderungan untuk tuan-tuan rumah menggunakan rumah masing-masing sebagai homestay menyebabkan kekurangan rumah2 kosong untuk disewa, bila barang kurang, permintaan tinggi, harga meningkat.

Disebabkan ahli keluarga yang semakin bertambah dan mengenangkan keselasaan ibu, ayah, kakak dan adik2 serta rakan2 yang kemungkinan akan bertandang pada masa-masa yang akan datang, maka, aku dan suami membuat keputusan untuk mencari rumah sewa baru yang lebih selesa berbanding rumah yang telah disewa di Taman Tamby Chik Karim pada 2006-2009. Ekoran kenaikan harga sewa rumah, maka budget baru untuk rumah sewa kami dinaikkan pada RM 450 sehingga RM550. Harga tersebut diputuskan dengan melihat kemampuan kami utk menyewa di Kajang dengan harga RM500, kos ulang-alik suami dari Melaka ke Kajang, belanja makan seharian sewaktu berjauhan dan ditolak pula dengan elaun pengajian yang tidak akan aku perolehi lagi sebanyak RM900. Sekali lagi kami mengunjungi www.mudah.my dan pulang ke Melaka untuk melihat rumah-rumah yang berpotensi. Di samping senarai daripada Mudah, kami juga mengelilingi Melaka untuk mencari rumah-rumah yang ada papan iklan untuk Disewa, terutamanya taman-taman perumahan yang ~ 15 minit ke UTeM. Tetapi, rata-ratanya harga yang diletakkan ialah sekitar RM600 dan sememangnya urusan penyewaan rumah tersebut telah diambil-alih oleh agen. Apa nak jadi ya… Kewujudan agen-agen ini menyusahkan orang yang ingin menyewa rumah seperti kami, SUSAH BETUL nak berunding harga..kalau dengan tuan rumahkan lebih senang. Sudahnya, kami tak jadi untuk menyewa mana-mana rumah pun yang diuruskan oleh agen.

Tapi, ada satu kisah menarik sepanjang pencarian selama 2 hari tersebut. Sebuah rumah yang tak silap aku terletak di Taman Sri Bayan. Kebetulan melihat papan iklan tersebut yang tergantung pada pagar rumah semasa kami dah berputus asa dan hendak memulakan perjalanan utk kembali semula ke Kajang. Di papan tersebut ada menyatakan (rumah luas (4R, 3B), air-cond provided dan harga negotiable. Kamipun, apa lagi terus menelefon no yang disediakan dan diangkat oleh seorang lelaki yang mahu dikenali sebagai Cikgu …Oleh kerana diapun available pada waktu tersebut kami pun bersetuju menunggu ~10 minit di depan rumah tersebut utk terus melihat keadaan rumah. Cikgu … datang bersama wife yang masih sangat cantik berbanding wajah Cikgu yang kelihatan sedikit berusia..Setelah sampai, kami berjabat tangan bersalam dan seterusnya memperkenalkan diri masing-masing sambil melangkah masuk ke rumah tersebut. Bila dibuka je pintu, terkejut kami apabila melihat rumah yang sememangkan agak luas dan baru dari luar, tetapi kelihatan amat usang dari dalam. Dinding yang lusuh berconteng dengan pintu bilik bawah berlubang BESAR ( ~ sebesar kepala orang tua), bumbung tingkat atas yang hilang sekeping papan siling…blablabla…Banyak lagi unsur yang kami tak berkenan. Bila bersembang dengan Cikgu dan isteri..tak silap aku, mereka menyatakan rumah tersebut siap pada 2006…pelik aku..musykil kenapa keadaan rumah tersebut sudah kelihatan macam 20 tahun…Even rumah yang 20 tahun pun lebih baik keadaan rumahnyer berbanding rumah ini. Walaupun begitu, kami masih bertanyakan harga daripada Cikgu dan wife dengan terlebih dahulu menyatakan budget kami. Cikgu dan wife berpandangan, mengerutkan dahi, berbincang dan menyatakan, kalau diikutkan mereka ingin sewakan pada RM660 tetapi berniat untuk turunkan kepada RM600 (TAK BOLEH RUNDING) untuk kami…Hmmm..aku berfikir sejenak, RUMAH yang macam nie TERUK nak disewakan dengan RM600…Mungkin, sememangnya yang dikejar oleh kebanyakan manusia zaman sekarang ialah NILAI WANG semata-mata..bukannya menambahkan SAHAM AKHIRAT di samping membuat keuntungan dan tanggungjawab untuk menjaga RUMAH supaya kekal menjadi RUMAH-ku, SYURGA-ku…Rata-rata mereka lebih gembira memperoleh duit yang banyak tanpa mengira apa yang akan terjadi pada rumah-rumah tersebut. Lebih rela menyewakan rumah yang TERUK pada HARGA TINGGI berbanding memelihara rumah dengan memberi sewa kepada orang yang akan menjaga rumah dengan BAIK pada HARGA YANG BERPATUTAN. Kenapa? Susah sangat nak mengenalpasti orang-orang ini, satu cara yang boleh diamalkan.. (1) minta orang-orang ini tunjukkan bukti persetujuan sewaan dengan tuan rumah lama, dapatkan contact bekas tuan rumah lama …cuba hubungi dan bertanya sendiri akan keadaan rumah mereka setelah ditinggalkan dan (2) perkenalkan tempoh percubaan. Apa2 pun sebenarnya, setiap kita dikurniakan dengan Pandangan Mata dan Pendengaran, kita berupaya menilai perwatakan dan cara orang lain daripada melihat dan bercakap dengan mereka. Ok, berbalik kepada Rumah Cikgu…oleh kerana harga tidak dapat dikurangkan dan keadaan rumah yang TERUK, maka, kami pun pulang dengan menyatakan kami akan hubungi jika bersetuju untuk menyewa rumah tersebut. Padahal, memang TERANG lagi BERSULUH yang aku TAKKAN menyewa rumah tersebut.

Kami pulang semula ke Kajang dengan kepenatan dan hampa, tetapi, masih terdapat sebuah rumah yang berpotensi utk disewa. Sebuah rumah di Taman Seri Jati (cukup besar dan keadaan yang baik, 4R, 3B, RM450/month) Cuma telah tidak didiami selama 1 tahun dan bayaran deposit rumah yang sangat tinggi. Tapi, hal2 tersebut dapat diuruskan, apatah lagi kami akan memperoleh balik bayaran deposit daripada rumah di Kajang. Walaupun begitu, aku tetap tidak berputus asa, hati aku nie tetap menyatakan yang terdapat sebuah rumah di luar sana yang menepati ciri-ciri rumah sewa yang aku kehendaki. Teringat lagi, malam tersebut adalah malam Isnin, esok pagi2 suamiku akan ke Melaka untuk kerja dan bakal bertemu dengan rakan tuan rumah di Taman Seri Jati untuk menyerahkan deposit rumah jika kami bersetuju untuk menyewa rumah tersebut. Sedang melayari Mudah, aku tanpa fikir apa2 sengaja melihat-lihat senarai rumah untuk dijual, tetiba terlihat sebuah iklan SESAT. Rumah di Taman Malim Jaya yang sepatutnya disewakan tetapi termasuk dalam ruangan rumah untuk dijual. Ciri-ciri rumah yang besar, baru diubahsuai dan harga (RM600 –negotiable) menyebabkan aku seolah-olah terpanggil untuk mencuba buat kali terakhir. Esok pagi2 aku membuat keputusan untuk menghubungi tuan rumah melalui SMS (dah penat menelefon, buat banyakkan bil tepon aje…rumah tak dapat2 jugak). SMS aku disambut baik oleh tuan rumah yang ketika itu aku bahasakan sebagai En Shukri (rupa2nya Shukri baru di tahun 2 pengajian di UM). Oleh kerana harga yang ditetapkan ialah negotiable maka, aku terus bertanya berapa harga yang paling minimum yang dia boleh bagi pada kami. Setelah seketika, dia membalas RM 550 (hmmm…masih dalam budget harga yang kami tetapkan…bagus2). Oleh kerana Shukri pada ketika itu berada di Kuantan, maka waktu suamiku dapat melihat rumah ditetapkan pada hari Rabu. Oleh kerana tidak mahu menyusahkan sesiapa, suami menelefon rakan tuan rumah di Taman Seri Jati dan menceritakan hal sebenarnya yang kami mencuba utk mendapatkan kepastian daripada tuan sebuah rumah yang lain dan menyatakan, jika kami tak berminat utk menyewa rumah tersebut, maka, kami akan membayar deposit rumah di Taman Seri Jati pada hari Khamis. Dan jika pada waktu tersebut ada orang lain yang bersetuju menyewa rumah itu sebelum kami, kami menganggap itu bukan rezeki kami….Tetapi, berkat usaha, kesabaran dan penyerahan kepada Allah S.W.T rumah sewa yang aku idam-idamkan diperolehi. Rumah yang agak besar (4R, 3B), selesa, fully-furnished, water-heater, water purifier, kitchen cabinet, exhaust fan, bedroom set untuk setiap bilik tidur dlln berserta pokok2 bunga (dah macam homestay) semuanya dapat disewa pada harga RM550. Tambahan pula, Shukri tidak menuntut apa2 agreement utk mendiami rumah tersebut (Inilah contoh Tuan Rumah yang hendak rumahnya dijaga dengan baik…bukannya atas dasar WANG semata-mata) tetapi, untuk ketenangan hati kedua-dua belah pihak aku dan suami mencadangkan untuk diadakan agreement yang tak perlu berlawyer2 cuma tandatangan, setem hasil dan cop akuan sumpah (~ kos RM15 shj).

Aku tersenyum sendiri bila mengenangkan perjalanan yang Tuhan aturkan untuk kita..terasa seperti Rumah Sewa tersebut sememangnya tersedia untuk kami sekeluarga. Syukur…Alhamdulillah…

Friday, February 11, 2011

Some Tips about PhD

Assalamualaikum wrt..

Mengenangkan PhD-ku yang Insya-Allah telah hampir ke penghujung, teringat kembali suatu artikel yang amat menarik tulisan Ronald Azuma http://www.cs.unc.edu/~azuma/hitch4.html. Kepada rakan2 yang sedang bertungkus-lumus menghadapi PhD masing2 (terutama kepada Intan Sharhida, Zurina, Arfauz dan Effendi, semua rakan2 UTeM dan UKM), diharap dapat membaca dan mengambil iktibar daripada artikel ini. Artikel tersebut adalah KEPRIHATINAN penyeliaku yang amat mengambilberat akan pelajar-pelajar seliaan beliau (Prof Andanastuti Muchtar, UKM). Terima kasih banyak2 Prof...

Sehingga bertemu kembali!!!

Wassalam...

Thursday, February 10, 2011

Salam...

Assalamualaikum w.r.t dan Salam Sejahtera..

Apa kabar semua? Terlebih dahulu, terima kasih kepada para pembaca yang setia mengunjungi blog ini walaupun telah lama menyepi tanpa berita..Bila dikenang-kenang terasa lucu pulak..Bukannya PhD atau tugas sebagai seorang isteri atau ibu yang aku abaikan, tetapi blog ini yang terbengkalai rupa2nyer...hehehe...memang dah diriku macam tue, bila fokus sesuatu benda, benda2 yang kurang penting aku tolak ke tepi.

Syukur Alhamdulillah..tepat 1 Februari 2011 aku telah berjaya menghantar tesis PhDku untuk diperiksa, setelah bertungkus-lumus hampir 3 1/2 tahun. Walaupun begitu, aku masih berdebar-debar menantikan apakah nasib yang bakal menimpaku untuk sesi Viva yang akan datang. Tetapi, apa yang pasti setelah berusaha serahkan segalanya kepada Allah S.W.T. Kita manusia hanya boleh berusaha dan bertawakkal. YAKIN DENGAN USAHA KITA dan yang penting YAKIN DENGAN ALLAH S.W.T. Diharap wanita-wanita yang sedang membuat PhD di luar sana, tabahkan hati..kuatkan semangat..insya-Allah..segala-galanya akan membuahkan hasil juga akhirnya.

Pesanku kepada rakan-rakan..janganlah terlalu tertekan dalam menyelesaikan PhD, buatlah dengan hati yang tenang dan rancanglah waktu sebaik-baiknya. Jangan kerana terlalu mengejar segulung IJAZAH DUNIAWI kita lupa akan saham-saham akhirat (keluarga)...Pesanlah kepada diri masing-masing dan ingatkan diri kita yang mana satu adalah lebih penting. Insya-Allah, bila NIAT kita betul...segala yang BAIK akan menyusul...memang, bila difikirkan... "Setelah dapat PhD, Aku akan naik pangkat..Gaji aku akan bertambah2..Aku akan beli rumah besar...Kereta pun nak ganti baru"...TETAPI, adakah itu sahaja yang kita MAHUkan??? Ingatlah rakan-rakan..jika perkara itu yang bermain dalam otak kita seharian..kita akan rasa tertekan, TERTEKAN untuk tergopoh-gapah mengejar orang lain untuk menghabiskan PhD dalam waktu yang sesingkat mungkin.. Apa yang kita tidak sedar, perkara2 tersebut hanya akan melengahkan lagi masa utk kita mencapai tujuan sebenarnya kita menuntut ILMU...Jika ILMU yang dituntut ikhlas kerana Allah S.W.T, insya-Allah ia akan membawa KEBAIKAN kepada kita Dunia dan Akhirat..tetapi, jika ia adalah semata-mata untuk hal2 duniawi, maka, HANYA dunia yang kita perolehi..

JADI, ikhlaskanlah hati-hati kita...Insya-Allah..Dia akan sentiasa BERSAMA kita!!!

Sehingga bertemu kembali!!!

Thursday, February 18, 2010

Cuti dan Chinese New Year

Assalamualaikum...

Dah lama rasanya tak menaip apa2 perkembangan tentang hidup aku. Dari hari sabtu hinggalah rabu, aku berada di Pahang sempena Gong Xi Fa Cai. Biasalah seperti tahun-tahun yang sebelumnya, aku akan berkunjung ke rumah kakak dan abang iparku yang sememangya menyambut Chinese New Year kerana abang iparku mualaf. Jamuan mereka kali nie memang best...lemang, rendang, nasi dagang, kari ayam, kari ikan dan lontong. Rasa macam raya Aidilfitri pulak...tapi sebab ramai orang datang, waktu aku dan keluarga sampai lontong dah habis..

Selesai je makan..abang ipar hulurkan sampul warna emas pada aku dan suami, manakala sampul merah untuk anak-anak kami.. Rasa segan jugak nak terima, maklumlah kami nie memang sah2 dah kahwinkan...Apa pulak kata ahli keluarga abang ipar aku nanti. Tapi sebab abang ikhlas, kamipun terima lah...Rezeki jangan tolak, musuh jangan dicari kan??? Terima kasih pada abang ipar,kurang2 lepasla belanja kami pergi dan balik dari Kajang ke Triang..hehehe..

Sepanjang di Triang, kami menumpang di rumah sepupuku Ira...plan kami untuk berada dua malam je di Pahang meleret-leret hingga ke empat malam jadinya. Kesian pulak nak balik awal bila lihatkan anak yang happy sangat di sana bila jumpa sepupu-sepupunya. Tapi ntah kenapa Chinese New Year kali nie, asyik black out je. Empat kali di rumah sepupu, sekali kat rumah aku semalam di Kajang. Malam isnin tue, dari pukul 11am tak de letrik sampaila pukul 6 am keesokkan harinya. Dah la panas betul sekarang nie... Terpaksala kami semua bergelap dan tidur dalam panas. Nasiblah anak-anak kami tak buat perangai..

Apa-apapun...cuti memangla best, tapi bila kenangkan PhD aku yang slow sangat progressnya, rasa kecut perut...Tapi bila bukak email pagi tadi, ada jugak satu berita gembira. Paper ke tiga aku telah diterima untuk publication dalam Journal of Elastomers & Plastics. Happy sangat!!! Terima kasih banyak kepada mereka2 yang terlibat.

Tapi, kena buat correctionla dulu...Nasiblah correctionnya tak banyak sangat...

Tuesday, December 22, 2009

Aku dan Makan

Walaupun tengah serabut memikirkan hal berpindah rumah, tapi tekak nie asyik nak makan jer...Rasa rajin jer tangan nie nak menguli Pau. Kebetulan inti kacang merah dah ada (Buat banyak2 dan simpan dalam fridge), aku pun mulalah menguli doh pau pukul 8.00am tadi. Buat kerjapun perlahan-lahan jer takut anak terjaga dan pau ku tak sempat nak siap pulak....Dalam pukul 9.45am pau aku pun siap...Best betul makan panas2...Tanpa sedar, aku dah habiskan 4 biji. Banyak betul makan!



Sedap pau nie, lembut!!! Bila tangan nie rajin, saya akan tulis resipi pau nie untuk dikongsi...

Malam semalam pulak aku rajinkan diri untuk buat pizza, maklumla suamiku memang hantu pizza dan adikku pun ada datang rumah...Buat pizza tuna, ayam n sosej jek. Tak de banyak modal pun...



Pizza tuna + sosej + paste tomyam yang belum dibakar








Yang dah siap dibakar...Macam bestkan???



Pizza tuna + sosej + tomato puree



Pizza ayam + sosej

Doh yang lebih daripada buat pizza, aku bulat-bulatkan dan goreng, jadi donut bulat...letak coklat cair...Memang best!!! Tak ingat pasal PhD kejap! Hahahaha...



Donut bulat...Lembut di dalam dan rangup di luar..



Donut + coklat + tabur kacang...Sedap!!!

Sunday, December 20, 2009

"Penat + Cinnamon Rolls"

Huh! penat betul membersihkan rumah padahal cuma sapu lantai, mop, cuci bilik air dan cuci cermin pintu dan tingkap jer. Kerja yang bermula 11.30am hanya selesai pukul 4.00pm. Maklumlah macam buat kerja sorang jer, adik aku lebih lama tidur dari buat kerja. Jadi kami suami isteri terpaksalah bergilir-gilir jaga anak dan buat kerja. Biasalah, anak dah dua la katakan. Sorang tidur, sorang berjaga...Lepas dapat resit deposit rumah dari agen, kami terus bertolak balik ke Melaka. Berhenti solat di R&R Seremban pada pukul 5.30pm. Tapi, sampai ker rumah hanya pada pukul 8.00pm. Stuck tengah jalan, banyak sangat kereta masa dalam perjalanan dari Bangi ke Seremban. Aku fikir jam disebabkan cuti, tetapi rupa-rupanya disebabkan accident di jalan menghala ke KL. Masing-masing sibuk memperlahankan kenderaan untuk melihat accident yang berlaku sampai jalan jam jadinya. Memang dah jadi rasmi orang Malaysia yang terlalu concern tak kena tempat. Sibuk tengok orang accident, jangan sampai sendiri yang terlibat sama dah la. Maklumlah mata dan fikiran dah tak selari.

Sampai rumah, cepat-cepat panaskan nasi dan solat maghrib. Selesai solat adik aku ke kedai untuk tapau lauk, daging masak merah, tomyam ayam dan kailan ikan masin. Nak masak, lambat lak nanti boleh makan. Kalau diikutkan badan yang penat nak jer terus belayar, tapi fikirkan suami yang beria-ria sangat nak makan cinnamon rolls, aku pun surf tenet untuk resipi dan terus menguli. Selesai menguli dah pukul 10.40pm. Huh, nak tunggu proof nie lama jugak kekadang sampai 3jam baru naik 2 kali ganda. Tunggu punya tunggu sampai pukul 12.40am, dah tak tahan sangat ngantuk akupun roll jer dough tue. Harap-harap jadikla....Biasalah tambah dengan tak berapa expert dan baru first time mencuba...Selesai potong dough dan diatur atas loyang pembakar, kena tunggu naik pulak sekali lagi. Mula tue ingatkan mata dapat bertahan, tapi dah tak larat sangat, aku wrap guna plastik dan terus masukkan dalam fridge...Agak2 macam mana la rupa dan rasanya??? (Fikirku..)

Friday, December 18, 2009

"Tesco dan Adik"

Assalamualaikum w.r.t dan Selamat Malam,

Hari ini, aku dan suami bercadang untuk membeli-belah di Tesco. Rancangan awalnya akan ke Tesco pada waktu pagi, tapi pagi berganti siang...dan siang pulak berganti petang. Biasalah kami sekeluarga bila hari cuti je, seronok betul kalau boleh bermalas-malas di rumah. Makan tengah hari pun beli je, maklumlah bahan-bahan mentah + beras pun dah habis. Setelah solat asar di rumah baru kami sekeluarga bersama adikku yang baru tiba dari kampung awal pagi tadi bertolak ke Tesco. Keluar sahaja dari rumah, hujan turun mencurah-curah. Naik angin juga apabila ruang kereta berbumbung bagi ibu bapa dan anak begitu sesak kerana semua kereta ingin menurunkan penumpang. Tak kiralah sama ada yang memang datang dengan anak-anak kecil atau tidak. Ke mana pulak pak jaga Tesco nie, selalunya bukan main tegas lagi tercagak di ruang masuk kereta, hari nie tak pulak. Bertolak dari rumah pada pukul 5.00pm, tetapi dapat masuk ke dalam Tesco hanya pada pukul 5.50pm, padahal jarak pasaraya itu hanya lebih kurang 10km daripada rumah kami. Sambil menatap senarai barangan di tangan kamipun memulakan langkah memilih barangan.

Adik aku pulak awal2 lagi dah menghilang ntah ke mana, nak mintak tolong untuk tolakkan troli pun tak boleh. Mungkin terkecil hati dengan leteran dan teguran aku yang kekadang kasar apabila menasihatkan beliau tetang mencari kerja. Bila difikirkan, ntah kenapa tak de seorang pun adik-adik aku yang sanggup bersusah dahulu untuk kesenangan masa depan. Nak dikatakan kami nie datang dari keluarga yang kaya, jauh sekali. Tapi mungkin disebabkan mereka telah terbiasa melihat wang kerana ibu dan arwah bapaku dahulunya mengusahakan kedai makan. Bagi mereka duit senang dicari, hanya perlu ke laci. Tak de seorang pun adik-adikku yang mengikut jejak langkahku ke menara gading. Kekadang, ada juga aku menyalahkan diri sendiri. Terasa aku nie terlalu pentingkan diri, hanya tahu mengejar kejayaan sendiri dan gagal memantau pelajaran adik-adik. Tetapi takdirku yang memaksaku bersekolah asrama penuh daripada Ting. 1 lagi menyebabkan aku berjauhan daripada adik-adik.

Huh..lama pulak aku menyimpang. Biasalah, memikirkan soal adik-adik sentiasa membuatkan kepalaku pening.

Berbalik semula kepada kami sekeluarga. Aku menyorong puteriku yang baru berusia 2 bulan 9 hari dalam stroller, manakala suamiku menyorong barang bersama puteri sulungku yang duduk tertenggek atas troli barang. Sambil memilih barang-barang, kami juga memilih kotak-kotak kosong untuk mengisi barang-barang bagi tujuan berpindah ke kediaman baru. Esok, awal-awal pagi lagi kami perlu ke Bangi untuk menandatangan perjanjian menyewa rumah dan seterusnya membersihkan kediaman baru kami. Secara rasminya aku telah berjanji dengan penyelia pengajianku untuk pulang ke UKM pada Januari/2010.

Selesai memilih barang, kami ke kaunter bayaran. Aku dan suami amat gembira apabila dapat menjimatkan RM50 daripada jumlah pembelian hasil perancangan bijak kami. Kupon saguhati pemberian pihak Tesco kami gunakan habis-habisan. Maklumlah, buat masa ini kami perlu berjimat cermat kerana keputusan untuk berpindah menyebabkan kami terpaksa mengorbankan sesetengah perkara...Wang boleh dicarikan??? Tetapi ketenangan hati sukar diperolehi...Menyambung PhD memerlukan minda dan fikiran yang lapang, betul tak? Tapi itulah yang cuba aku perolehi kerana masa 2 tahun lebih aku berulang-alik di atas jalan semata-mata untuk bersama keluarga tersayang, amat membazir dan meletihkan....

Mendayung sampan ke hulu, Berenang-renang ketepian,
Bersakit-sakit dahulu, Bersenang-senang kemudian...

- Wahai wanita, tabahkanlah hatimu walaupun terasa gunung menghempap dada, kerana AZAM seorang WANITA amat BERKUASA!!!- Matahari