Sunday, January 3, 2010

Azam Tahun Baru

Semua orang sibuk memperkata tentang azam tahun baru. Macam mane dengan aku??? Ntahla, daripada tahun lepas lagi aku nie berazam untuk habiskan PhD dalam tahun 2010. Itu dah dikira azam tahun baru ke atau azam tahun lepas??? Yang pastinya, setakat nie azam tersebut hanya tinggal azam semata-mata. Aku masih lagi tak buat apa-apa sebagai seorang pelajar PhD. "Masih belum dapat momentum lagi untuk belajar", kataku. Banyaknyer aku hanya laksanakan tanggungjawabku sebagai seorang wanita (memasak, menguruskan keluarga dan rumah). Walaupun telah meninggalkan melaka dan berada hanya lebih kurang 10km je daripada pusat pengajian, tetapi aku masih lagi liat untuk membuka buku atau membuat kerja seangkatan dengannya. Mungkin aku nie hanya layak untuk menjadi suri rumah sepenuh masa kot! Ada kalanya terasa nak ikut kata hati untuk buat kerja dan cari pendapatan kecil-kecilan dari rumah. Tak perlu penat-penat belajar dan buat kerja yang kekadang tue terasa terpaksa je untuk dibuat. Tapi bila memikirkan hutang yang semakin bertambah disebabkan pengajian aku yang dah nak masuk tahun ke-3, terus aku matikan niat tersebut. Macam tak ikhlas je belajarkan? Teruk betul aku nie!

Tapi, betul ke aku nie tak minat belajar??? Yang nyata aku suka berada dalam bidang akademik nie, cuma perkara2 yang melingkari PhD tue yang buat aku kurang gemar. Bukan PhD , tapi perkara yang melingkari kerja-kerja penyelidikan. Terutamanya yang melibatkan orang lain. Sebagai pelajar kejuruteraan, kerja-kerjaku banyak melibatkan pengumpulan data primer yang dilakukan dalam makmal. Biasalah bila sebut kerja-kerja makmal, bahan mentah dan peralatan bagi ujikaji amat terhad. Terpaksalah ikut Q dan berurusan dengan manusia-manusia yang ditugaskan untuk menjaga peralatan tersebut. Di sinilah kita akan tersua dengan pelbagai karenah manusia. Manusia yang berat hati untuk menolong orang lain jika tak diiringi dengan rewards, manusia yang biadap yang terasa diri mereka amat bagus bila kita perlukan pertolongan, manusia yang pemalas dan sengaja mencari alasan daripada membuat kerja dan macam-macam jenis manusia lagi. Tak boleh ke jika mereka menjalankan tugas dengan sejujur dan seikhlasnya. Bukankah mereka telah dibayar gaji secukupnya??? Tapi, orang-orang sebegini bukan hanya wujud dalam alam PhD ku. Yang nyata, kita tak dapat lari daripada mereka dalam kehidupan seharian...

Walaupun begitu, masih ada juga mereka-mereka yang sangat baik dan ikhlas menolong. Terutamanya 2 orang pembantu makmal yang berada di Malaysian Nuclear Agency dan beberapa orang juruteknik di tempat pengajianku juga. Semoga Allah S.W.T akan melimpahkan kurnia-Nya kepada mereka dan aku juga.

No comments:

Post a Comment