Tuesday, December 22, 2009

Aku dan Makan

Walaupun tengah serabut memikirkan hal berpindah rumah, tapi tekak nie asyik nak makan jer...Rasa rajin jer tangan nie nak menguli Pau. Kebetulan inti kacang merah dah ada (Buat banyak2 dan simpan dalam fridge), aku pun mulalah menguli doh pau pukul 8.00am tadi. Buat kerjapun perlahan-lahan jer takut anak terjaga dan pau ku tak sempat nak siap pulak....Dalam pukul 9.45am pau aku pun siap...Best betul makan panas2...Tanpa sedar, aku dah habiskan 4 biji. Banyak betul makan!



Sedap pau nie, lembut!!! Bila tangan nie rajin, saya akan tulis resipi pau nie untuk dikongsi...

Malam semalam pulak aku rajinkan diri untuk buat pizza, maklumla suamiku memang hantu pizza dan adikku pun ada datang rumah...Buat pizza tuna, ayam n sosej jek. Tak de banyak modal pun...



Pizza tuna + sosej + paste tomyam yang belum dibakar








Yang dah siap dibakar...Macam bestkan???



Pizza tuna + sosej + tomato puree



Pizza ayam + sosej

Doh yang lebih daripada buat pizza, aku bulat-bulatkan dan goreng, jadi donut bulat...letak coklat cair...Memang best!!! Tak ingat pasal PhD kejap! Hahahaha...



Donut bulat...Lembut di dalam dan rangup di luar..



Donut + coklat + tabur kacang...Sedap!!!

Monday, December 21, 2009

Yang nie aku pun ade hantar abstrak...

8th International Conference on Fracture & Strength of Solids 2010 (FEOFS 2010)
Tarikh: 7 hingga 9 Jun 2010
Tempat: Hotel Istana, Kuala Lumpur
Website: http://www.feofs2010.com/
Email: secretariat@feofs2010.com

Abstrak dah dihantar tetapi fullpaper tak siap-siap jugak lagi. Semenjak 2 menjak anak dah dua nie, masa lebih banyak diluangkan untuk family daripada study. Tambahan lagi, aku belum report duty pada penyelia...huhu...Maafla prof, bukan sengaja nak lambat-lambat tapi biasalah bila melibatkan soal keluarga, saya akan dahulukan keluarga....Selesai je soal berpindah rumah, saya akan cepat-cepat jumpa Prof ya!

Kepada yang berminat dengan persidangan di atas bolehla kunjungi laman web atau email ke address di atas. Rasanya tempoh untuk penghantaran abstrak dah tamat, tapi apa salahnya kalau mencubakan???

Matahari: "Hidup nie jangan cepat putus asa, mengalah....kuatkan semangat...insya-Allah segala yang diusahakan membuahkan Hasil!!!"

Kepada yang berminat, boleh ikut serta...

National Conference on Advanced Manufacturing & Material Engineering 2010 (NAMME 2010)
Anjuran: Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
Tarikh: 25 hingga 26 Mei 2010
Tempat: UTHM, Johor
Website: http://www.fkmp.uthm.edu.my/namme2010/
Bolehla cek laman web di atas untuk keterangan lanjut atau boleh email kepada namme2010@uthm.edu.my

Resipi 3 - Cinnamon Rolls

Terjaga pukul 5.00am bila alarm phone aku berbunyi. Teringat satu kerja yang kena buat, terus ke dapur dan keluarkan doh yang belum dibakar. Baik keluarkan awal-awal sebab nak tunggu ia naik agak memakan masa. Satu hal pulak nanti kami kena kebulur dulu waktu pagi. Maklumlah fridge kami nie pelik skit, sejuk sangat hingga kat rak bawahpun kekadang barang2 boleh jadik beku. Sebab terlampau penat, aku continue tidur...huhuhu...Pukul 8.30am barulah start bakar. Jeng...jeng..jeng...Bolehla tahan rupanya, dan sedap! Wangi satu rumah jadinya...Bau kayu manis + serbuk kelapa.



Cinnamon rolls with topping, cream cheese + confectionary sugar + milk


Cinnamon roll + topping kental


Kepada pembaca yang berminat bolehla mencuba dan kunjungilah http://allrecipes.com/ untuk keterangan lanjut.

Bahan-bahan:

Dough
1/2 cawan susu suam (aku guna fresh milk)
1 telur
1/6 cawan marjerin (boleh guna butter)
2 1/2 gandum pelbagai guna (resipi asal guna gandum untuk roti)
1/2 tsp garam
1/4 cawan gula castor
1 1/4 tsp yis (aku guna mauripan je)

Filling
1/2 cawan gula perang
1 1/4 tbsp serbuk kayu manis
1/6 cup mentega
Aku tambah rasin, kacang tanah kisar dan serbuk kepala parut secukupnyer. Lagi banyak lagi sedap....

Topping
Cream cheese + gula icing (topping kental) atau cream cheese + gula icing + susu segar ( topping cair). Kalau tak de topping just makan begitu saje pun sedap!!!

Cara-cara:

1) Panaskan susu dan alihkan daripada api apabila susu mula mendidih. Masukkan marjerin dan kacau sehingga larut.
2) Satukan bahan-bahan kering dalam mangkuk dan masukkan telur. Gaulkan menggunakan hujung jari.
3) Setelah campuran susu dan marjerin suam-suam kuku, masukkan ke dalam mangkuk dan uli selama 10 hingga 15 minit. Doh dibiarkan naik sekali ganda dengan menutup bekas menggunakan kain basah.
4) Doh diuli sekejap untuk mengeluarkan udara terperangkap dan seterusnya digelek.

Cara menggelek, step by step:



1)Doh digelek sebesar mungkin kepada bentuk segi empat. Tak berapa expert, so tak de la jadi sangat.





2)Mentega diratakan ke atas kepingan doh, tinggal kawasan lebih kurang 1 inci pada bahagian yang jauh daripada kamu.






3)Taburkan kesemua bahan filling bermula dengan campuran gula perang dengan serbuk kayu manis diikuti kismis,kacang dan kelapa.




4) Gulungkan kepingan bermula daripada sisi sebelah kanan dan katupkan kepingan dengan menyapu air pada bahagian hujung doh yang ditinggalkan awal2 tadi.







5) Potongkan gulungah doh dan atur atas loyang pembakar yang siap digris. Biarkan doh sehingga naik sekali ganda sebelum dibakar atau diwrap dengan plastik dan dibiar semalaman di dalam fridge. Keesokkan hari, keluarkan dari fridge dan dibiarkan naik sekali ganda dahulu sebelum dibakar.






Dah siap!!!

Sunday, December 20, 2009

"Penat + Cinnamon Rolls"

Huh! penat betul membersihkan rumah padahal cuma sapu lantai, mop, cuci bilik air dan cuci cermin pintu dan tingkap jer. Kerja yang bermula 11.30am hanya selesai pukul 4.00pm. Maklumlah macam buat kerja sorang jer, adik aku lebih lama tidur dari buat kerja. Jadi kami suami isteri terpaksalah bergilir-gilir jaga anak dan buat kerja. Biasalah, anak dah dua la katakan. Sorang tidur, sorang berjaga...Lepas dapat resit deposit rumah dari agen, kami terus bertolak balik ke Melaka. Berhenti solat di R&R Seremban pada pukul 5.30pm. Tapi, sampai ker rumah hanya pada pukul 8.00pm. Stuck tengah jalan, banyak sangat kereta masa dalam perjalanan dari Bangi ke Seremban. Aku fikir jam disebabkan cuti, tetapi rupa-rupanya disebabkan accident di jalan menghala ke KL. Masing-masing sibuk memperlahankan kenderaan untuk melihat accident yang berlaku sampai jalan jam jadinya. Memang dah jadi rasmi orang Malaysia yang terlalu concern tak kena tempat. Sibuk tengok orang accident, jangan sampai sendiri yang terlibat sama dah la. Maklumlah mata dan fikiran dah tak selari.

Sampai rumah, cepat-cepat panaskan nasi dan solat maghrib. Selesai solat adik aku ke kedai untuk tapau lauk, daging masak merah, tomyam ayam dan kailan ikan masin. Nak masak, lambat lak nanti boleh makan. Kalau diikutkan badan yang penat nak jer terus belayar, tapi fikirkan suami yang beria-ria sangat nak makan cinnamon rolls, aku pun surf tenet untuk resipi dan terus menguli. Selesai menguli dah pukul 10.40pm. Huh, nak tunggu proof nie lama jugak kekadang sampai 3jam baru naik 2 kali ganda. Tunggu punya tunggu sampai pukul 12.40am, dah tak tahan sangat ngantuk akupun roll jer dough tue. Harap-harap jadikla....Biasalah tambah dengan tak berapa expert dan baru first time mencuba...Selesai potong dough dan diatur atas loyang pembakar, kena tunggu naik pulak sekali lagi. Mula tue ingatkan mata dapat bertahan, tapi dah tak larat sangat, aku wrap guna plastik dan terus masukkan dalam fridge...Agak2 macam mana la rupa dan rasanya??? (Fikirku..)

Friday, December 18, 2009

"Tesco dan Adik"

Assalamualaikum w.r.t dan Selamat Malam,

Hari ini, aku dan suami bercadang untuk membeli-belah di Tesco. Rancangan awalnya akan ke Tesco pada waktu pagi, tapi pagi berganti siang...dan siang pulak berganti petang. Biasalah kami sekeluarga bila hari cuti je, seronok betul kalau boleh bermalas-malas di rumah. Makan tengah hari pun beli je, maklumlah bahan-bahan mentah + beras pun dah habis. Setelah solat asar di rumah baru kami sekeluarga bersama adikku yang baru tiba dari kampung awal pagi tadi bertolak ke Tesco. Keluar sahaja dari rumah, hujan turun mencurah-curah. Naik angin juga apabila ruang kereta berbumbung bagi ibu bapa dan anak begitu sesak kerana semua kereta ingin menurunkan penumpang. Tak kiralah sama ada yang memang datang dengan anak-anak kecil atau tidak. Ke mana pulak pak jaga Tesco nie, selalunya bukan main tegas lagi tercagak di ruang masuk kereta, hari nie tak pulak. Bertolak dari rumah pada pukul 5.00pm, tetapi dapat masuk ke dalam Tesco hanya pada pukul 5.50pm, padahal jarak pasaraya itu hanya lebih kurang 10km daripada rumah kami. Sambil menatap senarai barangan di tangan kamipun memulakan langkah memilih barangan.

Adik aku pulak awal2 lagi dah menghilang ntah ke mana, nak mintak tolong untuk tolakkan troli pun tak boleh. Mungkin terkecil hati dengan leteran dan teguran aku yang kekadang kasar apabila menasihatkan beliau tetang mencari kerja. Bila difikirkan, ntah kenapa tak de seorang pun adik-adik aku yang sanggup bersusah dahulu untuk kesenangan masa depan. Nak dikatakan kami nie datang dari keluarga yang kaya, jauh sekali. Tapi mungkin disebabkan mereka telah terbiasa melihat wang kerana ibu dan arwah bapaku dahulunya mengusahakan kedai makan. Bagi mereka duit senang dicari, hanya perlu ke laci. Tak de seorang pun adik-adikku yang mengikut jejak langkahku ke menara gading. Kekadang, ada juga aku menyalahkan diri sendiri. Terasa aku nie terlalu pentingkan diri, hanya tahu mengejar kejayaan sendiri dan gagal memantau pelajaran adik-adik. Tetapi takdirku yang memaksaku bersekolah asrama penuh daripada Ting. 1 lagi menyebabkan aku berjauhan daripada adik-adik.

Huh..lama pulak aku menyimpang. Biasalah, memikirkan soal adik-adik sentiasa membuatkan kepalaku pening.

Berbalik semula kepada kami sekeluarga. Aku menyorong puteriku yang baru berusia 2 bulan 9 hari dalam stroller, manakala suamiku menyorong barang bersama puteri sulungku yang duduk tertenggek atas troli barang. Sambil memilih barang-barang, kami juga memilih kotak-kotak kosong untuk mengisi barang-barang bagi tujuan berpindah ke kediaman baru. Esok, awal-awal pagi lagi kami perlu ke Bangi untuk menandatangan perjanjian menyewa rumah dan seterusnya membersihkan kediaman baru kami. Secara rasminya aku telah berjanji dengan penyelia pengajianku untuk pulang ke UKM pada Januari/2010.

Selesai memilih barang, kami ke kaunter bayaran. Aku dan suami amat gembira apabila dapat menjimatkan RM50 daripada jumlah pembelian hasil perancangan bijak kami. Kupon saguhati pemberian pihak Tesco kami gunakan habis-habisan. Maklumlah, buat masa ini kami perlu berjimat cermat kerana keputusan untuk berpindah menyebabkan kami terpaksa mengorbankan sesetengah perkara...Wang boleh dicarikan??? Tetapi ketenangan hati sukar diperolehi...Menyambung PhD memerlukan minda dan fikiran yang lapang, betul tak? Tapi itulah yang cuba aku perolehi kerana masa 2 tahun lebih aku berulang-alik di atas jalan semata-mata untuk bersama keluarga tersayang, amat membazir dan meletihkan....

Mendayung sampan ke hulu, Berenang-renang ketepian,
Bersakit-sakit dahulu, Bersenang-senang kemudian...

- Wahai wanita, tabahkanlah hatimu walaupun terasa gunung menghempap dada, kerana AZAM seorang WANITA amat BERKUASA!!!- Matahari

Resipi 2 - Cucur ikan bilis

Assalamualaikum w.r.t dan selamat pagi,

Seorang wanita tidak lepas daripada tanggungjawab untuk menyediakan makanan yang berkhasiat untuk ahli keluarga. Bangun pagi tadi, kepala aku ligat memikirkan makanan apa yang boleh disediakan daripada bahan-bahan mentah yang ada di dapur rumahku. Maklumlah urusan untuk perpindahan rumah ke kawasan berhampiran tempat pengajian menyebabkan kami tidak sempat untuk membeli-belah barangan dapur seperti kebiasaan. Mengeledah barang-barang yang ada memberikan idea untuk aku menyediakan cucur ikan bilis (ringkas tapi sedap!!!). Amat disukai oleh suamiku kerana kerangupannya.



Bahan-bahan:

2 cawan tepung pelbagai guna
1/2 tsp soda bikarbonat
2 tbsp gula (boleh ditambah kepada yang inginkan rasa manis)
1 biji kuning telur
1/2 tsp garam
2 biji bawang merah besar yang sederhana besar (dipotong dadu)
1/4 batang lobak merah (dipotong dadu)
2 cawan air suam
ikan bilis kecil
bawang goreng

Cara-cara:

1) Panaskan minyak masak yang agak banyak dan rendamkan senduk logam di dalam minyak.
2) Satukan semua bahan kecuali ikan bilis dan bawang goreng ke dalam mangkuk dan seterusnya diadun hingga sebati. Air dimasukkan sedikit demi sedikit sehingga bancuhan sebati.
3) Setelah minyak panas, angkat senduk dan tuang bancuhan ke dalam senduk tersebut.
4) Jemputkan ikan bilis dan bawang goreng ke atas bancuhan di dalam senduk.
5) Rendam kembali senduk ke dalam minyak dan bancuhan akan lekang sendiri daripada senduk. Goreng sehingga garing.

Amat sedap bila dihidangkan dengan sos dan teh o yang panas.

Tips:
1)Setelah memasukkan bancuhan ke dalam senduk, ngiring-ngiringkan senduk untuk menghasilkan cucur yang sangat rangup di bahagian tepi tetapi masih lembut di bahagian dalam.
2)Jika ikan bilis digantikan dengan udang, maka jadilah cucur udang.
3)Boleh ditambah pelbagai sayur-sayuran lain yang anda gemar (taugeh, daun bawang dlln).



SELAMAT MENCUBA!!!

-Wahai wanita, makanan yang dimasak oleh tangan kita sendiri dapat mengukuhkan rasa kasih sayang ahli keluarga terhadapmu dan memberikan kepuasan kepada dirimu... Jadi rajin-rajinkan lah dirimu walaupun sekadar hidangan yang ringkas...-Matahari